Friday, 15 June 2012
Melayu kita...adap dan sopan di mana?
Hari ni hari Jumaat, pekerja perempuan keluar awal mencari peluang untuk ber shopping. Tadi di hypermarket ni, ramai lah mereka membeli belah. Barisan di kaunter pembayaran sangat panjang, Mak Mah beratur dengan sabar. Tapi tiba2 datang dua perempuan menolak troli ke hadapan Mak Mah. Jadi Mak Mah pun tegur lah., tapi dengan sombong nya dia menjawab, "itu kawan saya,kami sekali". Mak Mah memang sudah naik angin ! kita dah tunggu berbaris begitu lama! Mak Mah sudah nampak mereka tadi berbaris di kaunter sebelah tapi sebab terlalu lama, dia menumpang jalan kawan nya untuk memotong barisan. Kurang asam betul! Pakaian bukan main lagi sopan...tp adap tiada! Kalau sudah mengambil keputusan berpakaian mengikut syarak, perangai pun patut di jaga! Sabar, jgn ambil hak org! Ada faham?!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment